Sunday, 25 December 2016

Sunyi

Hari ini cuti umum. Bersambung pula dengan esok hari, kerana hari Krismas jatuh pada hari Ahad (hari ini lahh 😜). Cuma saya masih belum bercuti. (Sebenarnya masih belum ada keberanian mahu meminta cuti 😂)

Seperti yang saya coretkan pada tulisan yang lalu, kerja di jabatan saya tidak ada hari cuti khusus. Jika mahu bercuti, mesti memohon untuk cuti rehat. Beza pula dengan rakan serumah saya yang bekerja di jabatan lain. Mereka diberi cuti 2 hari seminggu - macam cikgu pula kann.

Sedih. Sunyi.

Begitulah hari-hari selepas bekerja ini. Terutamanya selepas hampir 2 bulan bekerja. Terpaksa memberikan komitmen 200 peratus di hospital, menjadikan kerja ini sajalah komitmen yang saya benar penuhi.

Kosong. Lantas terasa ingin ada komitmen lain ; program, gym, kelas - kelas luar atau manusia. Hakikatnya saya sudah sedia ada komitmen yang perlu dilunaskan selain kerja - komitmen dengan Tuhan dan agama. Kebelakangan ini, tidak sampai pun 50 peratus komitmen yang saya beri. Solat lambat, tidak solat berjemaah, bacaan al-Quran jarang-jarang, ma'thurat entah bila yang terkahir dibaca, zikir, dan list amalan yang saya lalaikan bersambungg.

Sedih dan malap. Inilah hakikat kesunyian ini. Melarikan diri dari Tuhan yang mengurnia cinta dan bahagia. Dia Yang menemani kita setiap masa. Ini seharusnya komitmen terbesar yang mesti kita bagi, bahkan yang paling perlu diberi tumpuan dan fokus. Segala daya usaha kehidupan semuanya seharusnya untuk menjayakan komitmen ini.

Resolusi ;

ALLAH lah yang sentiasa bersama kita setiap masa. Jayakan komitmen dengan Dia. Dzikrullah selalu dan jangan lalai dengan dunia. Bersama Tuhan, yang berat pasti menjadi ringan, yang sakit pasti terubat. Semoga selalu berusaha dan berdoa supaya menjadi manusia yang akrab dengan Tuhan.

Jundullah. Ameen

No comments:

Post a Comment